Wednesday, July 06, 2005

Syok Sendiri

Listening to: More Fish Songs
Feeling: The Morning Breath

'Apakah itu syok sendiri? Ia adalah suatu keadaan dimana anda berasa gembira kerana teringat sesuatu perkara akan berlaku atau sudah berlaku tetapi sebenarnya tidak pernah terjadi.

Syok sendiri juga boleh di terangkan dengan keadaan dimana seseorang tersalah anggap sendiri tersangat cantik. Sebagai contoh, Gigi selalu bermimpi dia seorang perempuan yang tercantik. Oleh itu, dia syok sendiri. Contoh-contoh yang lain juga termasuk keadaan dimana saya teringat ada seorang yang ingin memikat saya, dimana Sarah N teringat nak memanggil sayangnya yang tersayang melancong dan dimana Gem nak mengajak sayangnya menonton wayang. Kanak-kanak, itulah syok sendiri.

Di dalam keadaan syok sendiri, adalah normal jikalau anda terasa tidak tenteram ataupun gembira. Tetapi apabila perasaan syok sendiri itu beredar, seseorang akan berasa kecewa ataupun sedih. Itulah biasa.

Oleh itu, janganlah mempunyai perasaan syok sendiri kanak-kanak. Syok sendiri membawa maut. Moral cerita ini adalah janganlah perasan sangat, adohai kanak-kanak...

2 comments:

Anonymous said...

Wahai saudari,
Walaupun aku bukan seorang blogger.
Tetapi saya suka membaca blog dan cerita-cerita drama kamu. Berikut adalah beberapa soalan yang saya ingin tanyai:
Betulkah syok sendiri itu bermakna menletakkan jari kamu he switch elektrik dan switch on untuk syok sendiri?
Mungkinkah syok sendiri akan mengakibatkan berambut kerinting ataupun berasa berkerinting-rinting di dalam perut?

-pembaca blog kamu-
*Ni Cho Lle*

Pinkity said...

Wahai Saudari Ni Cho Lle,

Gembira saya membaca komen-komen anda tetapi makna syok sendiri bukanlah seperti yang anda bayangkan.
Yang adik Ni Cho Lle bayangkan itu adalah dalam bahasa Inggeris, 'electric shock'. Adik Ni Cho Lle janganlah mencuba itu. Mesti ingat tau, sebab kalau anda bersyok sendiri seperti itu, tentulah menemui maut.
Tentang yang berambut kerinting ataupun berasa berkerinting-rinting dalam perut itu, para pembaca semua pun sudah tau bahawa adik Ni Cho Lle tidak rajin belajar dalam kelas Sains dan kelas Bahasa Melayu.Tidak baik macam tu adik Ni Cho Lle. Mesti rajin belajar!
Untuk pengetahuan umum, meletak jari dalam suis palam elektrik hanya akan mendatang maut. Kalau hendak rambut anda berkerinting. Mestilah ingat untuk menbasah rambut dulu, lepas itu menguling-gulingkan rambut untuk 'set'kan rambut itu. Mesti la GLAM (Gaya Lebih Anggun Mewah) Jadi adik Ni Cho Lle, di harap lebih melayari blog saya. Tiap-tiap hari akan saya updatekan.

-Pemilik Blog ini-

Pin ki Tee